SUDAHLAH tiada lesen dan kad pengenalan, malah berani lagi langgar lampu merah dan merempuh penunggang motosikal lain.
Itu yang berlaku di Putatan, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini apabila seorang lelaki dicekup orang ramai apabila cuba melarikan diri selepas melanggar seorang 'rider' Grab.
Difahamkan, seorang anggota tentera bertindak pantas untuk menahan lelaki tersebut ketika dia cuba bangun dan melarikan diri sejurus selepas kemalangan tersebut.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan lesen memandu.
"Kau kosong tiada IC dan lesen kenapa kau lari, pakai otak la kalau dia meninggal di sini macam mana.
"Sekarang ni di sini semua penunggang grab dan foodpanda, kau boleh mati kena pukul tau," katanya seorang penunggang Grab yang berada di lokasi kejadian.
Menerima lebih 7,000 tontonan di laman Tiktok, rata-rata netizen meluahkan rasa geram mereka terhadap tindakan lelaki itu.
Meo De'Wantedz: "Tibai la dia bukannya ada IC pun kan, boleh buang dekat Sungai Putatan lepas tu."
Suhada D.Abdullah: "Berani juga dia bawa motosikal, tapi tiada lesen dan IC."
Meskipun begitu, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan dalam kemalangan tersebut dan suspek telah dibawa ke pihak polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram