Kereta api rempuh 2 kenderaan di Sabah, trafik sesak 3 jam


  • 112
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Trafik sesak selama tiga jam ekoran insiden terbabit.

KEMALANGAN melibatkan sebuah keretapi dan dua kenderaan lain di Kepayan, Sabah pada Khamis telah menyebabkan kesesakan lalu lintas selama tiga jam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, semua yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilaporkan selamat dalam kejadian pukul 3 petang itu.

"Pihak polis masih mengumpul maklumat lanjut berkaitan kemalangan tersebut.

"Kita sedang menyiasat bagaimana kemalangan ini berlaku dan siapa punca kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Jelas Zaidi lagi, sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah lori dirempuh kereta api yang menuju ke bandar dari daerah Papar.

"Manakala kenderaan yang lain menuju ke arah ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana berlaku berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat.

"Setakat ini, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan," kata Zaidi.

Kereta api itu meneruskan perjalanan selepas sejam kemalangan itu berlaku.

Difahamkan, pemandu keretapi bersama pemandu kereta pacuan empat roda dan lori akan dipanggil untuk membantu siasatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram