Murahnya nyawa! Aksi penunggang motor 'tumpang' sebelah kaki tepi lori undang bahaya


  • Tular
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Tangkap layar aksi lelaki berpaut pada bahagian hadapan sebuah lori yang tular di media sosial.

TINDAKAN seorang penunggang motosikal melakukan aksi bahaya berpaut pada sebuah pintu lori mengundang persoalan orang ramai.

Dalam satu video tular dimuat naik pengguna TikTok r.selva5, menunjukkan lelaki itu memegang bahagian pintu kanan sebuah lori sambil meletakkan kakinya.

"Hidup abang lori," tulisnya.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan di belakang lori berkenaan.

Penunggang itu juga dilihat cuba mengimbangi badannya dengan meletakkan kaki kanannya pada bahagian lori tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat 140,900 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Salah seorang warganet, Jamal0011 menyifatkan tindakan penunggang motosikal tersebut ibarat mengundang bahaya.

"Bahayanya, kenapa dia perlu buat macam itu?

"Kalau motosikal rosak sekali pun jangan berpaut. Kalau jatuh macam mana?" tulisnya.

"Bukan motor tunda lori, lori tunda motor tengok tangan kanan dia mana pulas," kata xiq.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram