PERODUA Myvi sememangnya diminati para remaja mahupun golongan berkahwin kerana mempunyai kawalan yang mantap serta teknologi jimat minyak yang digilai ramai.
Tidak cukup dengan itu, Perodua Myvi juga disebut-sebut bakal menjadi kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi.
Tular di laman media Facebook sejak Rabu, video berkenaan telah menerima sebanyak 37,000 jumlah tontonan dan 584 tanda suka setakat ini.
Orang ramai rata-rata berkata bahawa kereta tersebut bakal menjadi sebuah kenderaan terhebat yang bakal dimiliki oleh pasukan Sang Saka Biru sekiranya benar berita itu diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Aidil Nizam berkata, "King sudah sampai, kereta serba boleh buatan Malaysia."
Beberapa netizen juga berpendapat pencuri ataupun samseng jalanan selepas ini tidak lagi berpeluang untuk melarikan diri kerana kereta Myvi bukanlah sebuah kenderaan sembarangan.
Pak Salam Erwin: "Percayalah king kalau kejar penjenayah, mrmang cepat dapat tangkap."
Agan Agan pula berkata, "Dahsyat betul ni, sesiapa yang ditangkap terus kena langgar."
Setakat ini, antara kereta keluaran tempatan yang telah menjadi kenderaan rasmi pasukan PDRM adalah Proton Waja, Iswara, Preve, Inspira, X70, Perodua Kancil dan Kembara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram