Pengujung MAHA 2022 rasa dianiaya, tiada tanda 'no parking' tapi ratusan kereta disaman


  • Tular
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Kenderaan milik pengunjung yang ditunda di kawasan parking MAEPS Serdang. — Agensi

PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini sedang berlangsung sehingga 14 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Selangor.

Menerima kunjungan ramai sejak hari pertama dilangsungkan, rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk hadirkan diri di pameran pertanian terbesar Malaysia itu yang nyata mempunyai pelbagai daya tarikan serta produk tempatan terkini.

Namun begitu, suasana meriah MAHA 2022 ini telah dicemari dengan isu saman parking yang dihadapi oleh pengunjung apabila kebanyakan kereta disaman oleh pihak penguatkuasa.

Dikongsikan di laman media sosial TikTok, video berurasi 1 minit 12 saat dengan tanda suka cecah 30,000 ini memaparkan situasi yang dihadapi pengunjung apabila keretanya disaman gara-gara meletakkan kenderaan di kawasan yang bukan disediakan untuk memakir kereta.

Difahamkan, kawasan tersebut pada asalnya adalah ruangan parking yang disediakan oleh pihak penganjur namun tiba-tiba pihak penguatkuasa Mardi Maeps Sdn Bhd mengenakan saman pada si pemilik kenderaan di situ, malahan ditunda tanpa sebarang notis atau amaran.

Rata-rata komen netizen di perkongsian video ini sebulat suara bersetuju dengan isu saman parking tersebut.

Zamani Peter berkata, "saya mangsa siang tadi, datang pukul 7.30 pagi parking di kawasan itu, habis RM100 kena saman tapi tiada papan tanda ataupun Rela yang bertugas beritahu situ bukan kawasan parking," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Faten Najwa turut menerima nasib sama apabila kenderaannya juga disaman kerana meletakkan parking di kawasan sama, namun tiada sebarang notis amaran dinyatakan di situ.

"Kena jugak kena hari ni, RM100 tu senang buat duit habis berpuluh kereta situ kena saman.

"Kena tunda padahal tempat tu takda tulis tak boleh parking ke apa, kalau yang disaman tu orang tua kan dah susah," katanya.

Setakat ini, pihak Majoriti masih berusaha untuk mendapatkan komen pihak bertanggungjawab berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan kesemua kereta yang ditunda di kawasan itu berada di bawah kendalian Mardi Maeps Sdn Bhd dan sebarang urusan lanjut hal berkaitan boleh dikemukan pada syarikat tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram