Habitat terancam, gajah makin kerap merayau waktu malam di Kluang


  • Tular
  • Selasa, 09 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan kelibat seekor gajar berkeliaran di daerah Kluang.

KELIBAT seekor gajah yang berkeliaran di Kluang, Johor mengundang rasa simpati orang awam.

Video tular yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan seekor gajah merayau di deretan kedai.

"Ikon baharu Kluang," tulis azha manap.

Haiwan tersebut dikesan memasuki kawasan premis kedai di sekitar kawasan itu pada waktu malam.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu turut menunjukkan gajah tersebut terus melarikan diri ke arah hujung jalan setelah menyedari kehadiran individu yang merakam insiden tersebut.

Walaupun dianggap sebagai haiwan merbahaya, namun ramai warganet yang bersimpati dengan dengan gajah tersebut ekoran habitat terancam.

"Kesiannya. Habitat mereka makin kurang.

"Sedihnya. Tolong hubungi jabatan yang dapat selamatkan hidupan liar," tulis delelashania.

"Kesian gajah-gajah ini. Tempat untuk mereka berehat sudah sikit, mungkin hutan dah sikit min," kata mail8888_.

Seorang lagi pengguna TikTok, Cahaya Ain meluahkan rasa sedih melihat keadaan tersebut.

"Kenapa tengok video ini rasa sedih? Kesiannya, mesti gajah pun takut kalau nampak manusia.

Dalam masa sama tempat tinggal dia pun dah tak selamat," tulisnya.

Video tersebut telah mendapat 1579 tontonan setakat ini.

Untuk makluman, kelibat gajah yang dirakam di daerah Kluang ini bukan kali pertama berlaku.

Pada Jun lalu, penduduk di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, digegarkan dengan kehadiran dua ekor gajah di kawasan taman perumahan mereka.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dan Jabatan Perhilitan Negeri Johor berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram