Aksi lelaki 'jampi' petai sebelum dijual cetus rasa jijik


  • Tular
  • Ahad, 07 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki meludah ke arah beberapa ikat petai yang akan dijual pada orang awam.

MENJUAL buah-buahan dan sayur-sayuran di tepi jalan merupakan satu senario yang kita biasa lihat di Malaysia.

Selalunya buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual ini boleh dikatakan masih segar dan tidak mengandungi racun yang berlebihan.

Namun berlainan pula kisahnya dengan seorang penjual jalanan yang melakukan aksi jijik sebelum menjual petainya ke orang awam.

Aksinya yang sedang menjirus petai di premis kedai miliknya tular selepas dia dirakam menyembur air dari mulutnya pada sayuran tersebut tersebut.

Dalam klip video pendek itu yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok drrasputinkoh menunjukkan seorang lelaki sedang menyiram beberapa ikat petai yang diletakan di atas tanah menggunakan getah di tangannya.

"Berani atau tidak beli petai ini?

"Jampi, jampi," katanya.

Lelaki itu kemudiannya dilihat meneguk air dan meludahkannya pada petai tersebut.

Petai itu juga dilihat diletak berhampiran dengan tong sampah.

"Yak, petai ada kuman dari mulut," kata a5678.

"Natural pesticide (racun semulajadi)," tulis hansgruber161.

Video tersebut juga memaparkan beberapa ikat petai sudah diletakkan di atas meja yang disediakan di tepi sudah mula untuk dijual.

Tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian tersebut berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Penjaja kedai, ludah makanan, kotor, jijik, tular