Siang malam bising, vandalisme, penduduk flat di Kajang pening karenah jiran tak tentu hala


  • Tular
  • Isnin, 08 Ogos 2022

SUASANA kehidupan penduduk di kawasan rumah pangsa atau flat sememangnya berbeza jika dibandingkan kejiranan perumahan teres kerana jumlah penduduk yang lebih padat dengan keluasan terhad.

Perkara ini seharusnya tidak menjadi masalah utama sekiranya semua masyarakat mempunyai sifat timbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain dalam mengekalkan suasana harmoni di sesebuah flat.

Namun berbeza pula situasinya apabila perkongsian video 21 saat di tiktok memaparkan keadaan flat yang kotor, selain penduduk menghadapi masalah vandalisme apabila ada unit yang diconteng dengan cat dan bunyi bising yang mengganggu kehidupan penduduknya.

Difahamkan, rumah pangsa itu terletak di sebuah kawasan berhampiran Sungai Chua di Kajang, Selangor dan rata-rata netizen sebulat suara bersetuju dengan situasi kotor dan bising seperti yang dipaparkan menerusi video tersebut.

Mieyra924 berkata "betul tengah malam pukul 12 pun masih boleh bergaduh lagi, kita kerja awal kena tidur awal tapi boleh terjaga bila dengar orang gaduh.

Seorang lagi netizen turut menambah, "Bukan setakat flat, rumah teres pun ada yang macam ni, buka radio, main alarm kereta sampai satu taman dengar, menyirap kita dengar," katanya.

Sebahagian netizen turut berharap agar ada tindakan keras dikenakan terhadap si pelaku salah dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab kerana mengganggu ketenteraman awam.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kediaman yang tidak menyenangkan kerana bunyi bising yang keterlaluan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan jika disabitkan kesalahan, mereka yang membuat bising akan didenda lebih RM100. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jiran Bising, Rumah Flat, Flat Kotor