BERITA mengenai perkahwinan orang kenamaan dan ahli politik semakin rancak ketika ini.
Sehari selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengakhiri zaman janda pada Jumaat, kini giliran bekas Ketua Polis Negara (KPN) menamatkan zaman duda.
Tan Sri Abdul Hamid Bador dilapor melangsungkan perkahwinan dengan pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) pada Sabtu.
Menurut laporan Getaran, Abdul Hamid selamat bergelar suami kepada pegawai polis dikenali DSP Fazreena Abdul Karim, yang dilaporkan bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara sederhana di rumah keluarga wanita tersebut dengan mengikut norma baharu.
Perkahwinan itu berlangsung dengan sekali lafaz. — Twitter @mynewshub
Terdahulu, media tempatan menerima beberapa gambar perkahwinan pasangan itu.
Abdul Hamid dilantik sebagai KPN secara kontrak selama dua tahun selepas bersara, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram