Polis cari pelajar Kota Belud selepas video pergaduhan tersebar 


  • 112
  • Jumaat, 05 Ogos 2022

Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.

POLIS sedang mengesan sekumpulan pelajar yang terlibat dalam kes pergaduhan yang dirakam di daerah Kota Belud, Sabah.

Video berdurasi 36 saat itu telah tular di media sosial sejak Khamis .

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di perhentian bas sekolah menengah di Kampung Usukan pada pukul 1.30 petang pada Rabu.

“Kami sedang berusaha mengesan kesemua pelajar terbabit untuk mengetahui punca pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat .

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman awam.

Shahrudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.

“Tindakan ini juga bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang dijalankan pihak polis,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram