
SEBUAH stesen kitar semula telah dibina di kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Lucky, Butterworth, Pulau Pinang.
Pusat kitar semula ini merupakan stesen yang kedua diwujudkan di DUN Sungai Puyu tahun ini di bawah program negeri Pulau Pinang Bebas Sampah.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata program yang dimulakan oleh kerajaan negeri dan Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) bertujuan menggalakkan pengasingan di punca).
“Kami mahu menggalakkan masyarakat tempatan mengasingkan sisa mereka dengan cara yang betul, selaras dengan dasar Pengasingan Sisa di Punca (SAS).
“Semoga stesen kitar semula ini dapat membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan mementingkan alam sekitar di setiap kawasan kejiranan,"
“Program ini juga selaras dengan Fasa Dua Visi Penang 2030– Mempercepatkan Pulau Pinang 2030 di bawah Pembinaan Komuniti dan Inisiatif Bersama-sama,” tambah Phee.
Stesen kitar semula pertama di kawasan itu didirikan di kawasan MPKK Thamby Kecik pada Mac tahun ini.
"Kita perlukan masyarakat untuk bersama-sama menaikkan semangat #kitajagakita.
"Tujuan kami melakukan inisiatif seperti ini bukan sahaja untuk diri kami sendiri tetapi juga untuk anak-anak kami.
"Kami tidak mahu meninggalkan dunia yang tidak dapat diperbaiki mereka,"katanya.
Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seberang Prai Tan Chee Teong, Pengerusi MPKK Taman Lucky Lim Choon Sun dan Pengerusi Komuniti Sisa Sifar Pulau Pinang Lim Chee Keong. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram