Tuntutan Kesultanan Sulu ancam aset Malaysia di seluruh dunia — Peguam


  • Primer
  • Isnin, 18 Jul 2022

Pasukan peguam pewaris kesultanan Sulu berusaha memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan. — Gambar hiasan/Bernama

ASET Malaysia di seluruh dunia kini diancam bahaya, susulan tuntutan yang dibuat waris Kesultanan Sulu bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Pada masa sama, pasukan peguam pewaris kesultanan itu berusaha memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan.

"Arahan 'penangguhan' yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu itu hanya penangguhan sementara di sebuah negara sahaja, iaitu Perancis.

"Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara lain," kata Paul Cohen, yang merupakan ketua pasukan peguam pewaris keturunan itu.

Selain aset yang dikecualikan seperti bangunan diplomatik, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang disenarai dalam kovensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut, kata salah seorang peguam, Elisabeth Mason.

Waris Kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram