Suspek, mangsa kes bunuh di Kelana Jaya berkenalan guna aplikasi gay


  • 112
  • Isnin, 18 Jul 2022

Mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel.

POLIS dalam proses mengenal pasti identiti mangsa kes bunuh yang dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, di Petaling Jaya, Selangor pada 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini masih belum ada individu tampil bagi bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing itu.

"Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan hasil siasatan mendapati, kedua-dua suspek terbabit mengenali mangsa menerusi satu aplikasi gay di media sosial.

"Mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua suspek di lokasi kejadian yang juga rumah suspek.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya pada Isnin.

Sebelum ini, polis menahan dua lelaki tempatan berumur 40-an yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan seorang individu, di sebuah kondominium di Kelana Jaya pada 12 Julai lalu. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram