POLIS sedang memburu seorang lelaki berusia 61 tahun untuk membantu kes pembunuhan di Taman Bercham Aman, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki itu kali terakhir dilihat memandu salah sebuah kereta mangsa.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ng Chun Hon, 64 tahun dan isterinya, Ooi Tin Lu, 59. Lelaki yang dikehendaki itu dipercayai adik kepada Chun Hon.
"Kami menerima laporan yang dibuat oleh abang sulung mereka dan mendapati kedua-dua mangsa berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.
"Berdasarkan siasatan awal kami, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat terkena objek tajam di kepala," katanya.
Yahaya berkata, pihaknya percaya pembunuhan itu berlaku pada Rabu malam.
"Abang sulung mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bekerja syif malam. Ibunya Hon, 90-an, yang juga tinggal serumah ditemui tidak mengalami sebarang kecederaan di dalam biliknya," katanya sambil menambah mangsa baru berpindah dari Kedah pada tahun lepas.
Tambahnya, suspek juga mempunyai rekod terdahulu kerana menyebabkan kecederaan parah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
