Interaktif: Semakin ramai wanita kahwin lewat tapi kenapa?


  • Massa
  • Ahad, 03 Jul 2022

DOSM menunjukkan purata umur perkahwinan pertama wanita yang meningkat daripada 23.5 tahun pada 1980 kepada 28.1 tahun pada 2020.

DASAR negara yang lebih baik diperlukan untuk memenuhi keperluan ramai wanita di Malaysia lagi-lagi kelompok yang memilih untuk berkahwin lambat atau kekal bujang.

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) menunjukkan purata umur perkahwinan pertama wanita yang meningkat daripada 23.5 tahun pada 1980 kepada 28.1 tahun pada 2020.

Kajian Media Kritikal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Jamaluddin Aziz, berkata, trend itu boleh memberi kesan kepada kadar kelahiran.

Menurutnya, polisi yang lebih baik sangat diperlukan bagi membantu wanita untuk bebas membuat keputusan dalam hal peribadi seperti perkahwinan dan melahirkan anak.

Jamalaluddin dan pakar lain berkata, dasar yang perlu dilakukan adalah menggalakkan keselamatan lebih terjamin buat wanita berkahwin dan bujang.

Selain daripada itu, menghapuskan diskriminasi jantina dan umur di tempat kerja juga merupakan dasar utama yang perlu dikukuhkan.

Perkara lain yang perlu diambil kira ialah insentif kesuburan, usaha sansitisasi jantina dan umur, perkongsian kekayaan dan kuasa serta penglibatan membuat keputusan dalam keluarga.

dr lelaki

Prof Madya Dr Jamaluddin Aziz berpendapat keputusan lewat kahwin boleh memberi kesan kepada kadar kelahiran.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) Universiti Putra Malaysia, Chai Sen Tyng berkata, kajian menunjukkan bahawa berkahwin kemudian adalah trend yang mempengaruhi lelaki dan wanita.

Merujuk kepada kajian mengenai "Korelasi dan Akibat Perkahwinan Tertunda di Malaysia" oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (NPFDB), Chai menyatakan bahawa purata umur perkahwinan bagi lelaki meningkat daripada 25.5 tahun pada 1970 kepada 28.0 pada 2010.

“Jika lelaki Malaysia berkahwin dengan orang luar negara dalam jumlah yang besar, pertambahan wanita bujang juga perlu seiring dengan pertambahan lelaki bujang, terutamanya selepas mempertimbangkan poligami,” katanya.

Purata umur ibu pada kelahiran pertama juga meningkat daripada 25.6 tahun (1990) kepada 28.0 tahun (2020), manakala jumlah kadar kesuburan (TFR) menurun daripada 4.9 anak secara purata bagi setiap wanita mengandung pada tahun 1970 kepada 1.7 tahun 2020.

"Apa yang kurang diketahui ialah kadar reproduktif pada umur khusus juga telah menurun, bermakna kohort wanita berturut-turut mempunyai sedikit anak pada usia yang lebih tua," kata Chai.

Beliau berkata, walaupun DOSM masih belum mengeluarkan statistik sosial 2020, kadar wanita yang tidak pernah berkahwin atau bujang dijangka lebih tinggi pada semua peringkat umur, berbanding sebelum ini.

Chai berkata, trend ini menunjukkan lebih ramai lelaki dan wanita tidak berminat untuk berkahwin atas sebab-sebab mengutamakan kebebasan peribadi dan kerjaya, melihat personaliti atau sosioekonomi atau hanya terlepas peluang memulakan rumah tangga.

Tambahnya, peluang menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi juga menyebabkan perkahwinan tertangguh dan secara semula jadi meyumbang kepada kelewatan melahirkan anak dan tempoh kesuburan yang lebih pendek.

"Wanita hari ini mempunyai lebih banyak pilihan daripada berkahwin. Walaupun berkahwin merupakan norma masyarakat tetapi semakin ramai wanita mendahulukan kerjaya mereka daripada perkahwinan dan melahirkan anak," katanya, sambil menambah bahawa keputusan wanita untuk menangguhkan perkahwinan ada kaitan dengan beban kemasyarakatan yang terpaksa dipikul apabila sudah berkahwin.

Beliau menegaskan bahawa banyak meletakkan tanggungjawab untuk kerja rumah, penjagaan kanak-kanak, serta penjagaan orang tua, jatuh ke atas kaum wanita.

“Jika kedua-dua suami dan isteri bekerja, maka tanggungjawab kerja tanpa gaji juga perlu dibahagikan sama rata antara pasangan.

"Bagaimanapun di Amerika Syarikat dan Britain terdapat jurang yang ketara antara jantina apabila ia berkaitan dengan kerja rumah," katanya, sambil menambah bahawa di Asia kerja tanpa gaji di rumah tidak diukur dan tidak diiktiraf.

"Dalam masyarakat patriarki, apabila lelaki menganggap bukan tugas mereka untuk melakukan kerja rumah rutin ia menjadi sebab sebenar kebanyakan wanita bekerja mengalami keletihan emosi, fizikal dan mental," katanya.

Chai berkata, tinjauan MyAgeing menunjukkan bahawa walaupun lelaki berkahwin mengharapkan pasangan untuk menjaga mereka apabila sakit atau lemah, ia berbeza dengan wanita kerana golongan ibu terpaksa bergantung kepada anak dewasa iaitu anak perempuan atau menantu perempuan.

“Ini disebabkan oleh fakta bahawa wanita pada umumnya berkahwin dengan lelaki yang lebih tua dan dengan jurang jangka hayat, lebih ramai wanita menjadi janda daripada lelaki menjadi duda. Tempoh wanita menjadi janda juga lebih lama,” katanya.

Beliau menambah bahawa lelaki lebih cenderung untuk menderita secara sosio-emosi kerana stereotaip bujang tua yang menghalang perkembangan emosi mereka.

"Kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan kumpulan sokongan, sama ada dari kalangan rakan atau ahli keluarga," katanya.

Chai berkata, dunia tidak boleh lagi membuta tuli untuk meneruskan dasar pertumbuhan penduduk yang tinggi dengan mengorbankan kemampanan.

“Kita tidak lagi boleh mengharapkan pertumbuhan pada tahap angka semata-mata tetapi dengan kualiti sumber manusia yang kita ada.

"Apa gunanya 100 orang bertani apabila kita boleh mempunyai seorang pekerja pertanian moden yang boleh mengendalikan jentera untuk meningkatkan hasil sebanyak sepuluh atau seratus kali ganda?" katanya.

Menurut Chai, perkahwinan boleh berlaku pada usia yang berbeza ketika sudah memasuki fasa dewasa dan wanita tidak seharusnya dikurangkan kepada unit reproduktif.

“Benarkan wanita menentukan keutamaan mereka dan memastikan bahawa kita sebagai masyarakat akan menyokong kaum wanita dan lelaki yang belum berkahwin atau tidak mempunyai anak.

"Itulah peruntukan kerajaan negeri, dan kerajaan mesti bertindak mengikut perubahan zaman dan norma," katanya.

Jamaluddin berkata, menentukan hak reproduktif wanita dalam wacana ekonomi dan sosial adalah tidak adil kepada wanita.

“Jika wacana ekonomi dan sosial digunakan, maka kebajikan wanita mesti diutamakan dalam agenda pembangunan.

"Melindung wanita daripada semua bentuk keganasan termasuk situasi berat sebelah terhadap jantina mesti dibuat secara eksplisit, dan bukan retorik semata-mata," katanya.

dr wanita

Profesor Dr Noraida Endut

Ahli Pusat Penyelidikan Wanita dan Jantina (Kanita) Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Noraida Endut menggalakkan supaya program yang lebih baik mengenai perkahwinan dan kesaksamaan perlu dibuat untuk masyarakat

Beliau berkata, wanita yang menangguhkan perkahwinan atau tidak berkahwin mungkin terpengaruh degan kadar perceraian dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat.

“Kita tidak seharusnya melihat perkahwinan sebagai matlamat utama anggota masyarakat.

"Ia adalah matlamat penting untuk mengisi negara tetapi ia perlu diseimbangkan dengan dasar yang lebih baik tentang cara memastikan kualiti perkahwinan dan kehidupan bekerja yang lebih baik untuk rakyat kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram