Datuk, cucu maut tercampak di Jalan Simpang Pulai


  • 112
  • Ahad, 03 Jul 2022

Keadaan kemalangan melibatkan kenderaan MPV dan motosikal yang menyaksikan dua mangsa maut.

SEORANG warga emas dan cucunya maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang pada Ahad.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang merupakan Orang Asli iaitu Alim Akai, 62, dan cucu lelakinya yang berusia lingkungan 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kedua-dua lelaki itu maut di tempat kejadian dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi pada Ahad.

"Kesan kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal ke kawasan semak.

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan kedua-dua telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, empat lagi individu yang berada dalam MPV itu turut cedera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram