Suami pengasas Dnars mahu saman, bimbang isu fitnah jejas emosi anak


  • Massa
  • Rabu, 29 Jun 2022

Ahmad Shah Rizal tampil menafikan tuduhan fitnah ke atas dirinya.

SUAMI pengasas kosmetik Dnars Skincare, Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim meluahkan rasa bimbang apabila pertikaian punca kematian Allahyarham Faziani Rohban Ahmad dibangkitkan semula akan memberi kesan psikologi terhadap anaknya.

Pengakuan itu dibuat beliau dalam sidang media pada Rabu (28 Jun).

Katanya, meskipun beliau tidak membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan secara klinikal, tetapi hal tersebut tetap membimbangkan.

rizal faziani dnars 4

Ahmad Shah Rizal bersama Allahyarham Faziani.

"Anak saya tidak memberikan sebarang reaksi, namun saya bimbang sekiranya ada yang bertanyakan hal ini kepadanya dan ia secara tidak langsung menimbulkan kesan psikologi.

"Anak saya berusia sembilan tahun dan masih bersekolah. Jadi tentu sahaja saya risau tentang keadaannya," jelas beliau.

Sekitar pertengahan Jun, ahli keluarga Allahyarham membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut berkaitan kematian Faziani Rohban Ahmad.

Devastated: Ahmad Shah trying to console their daughter at their home in Kampung Paloh. (Inset) Faziani was a successful cosmetics entreprenuer, having founded the Dnars brand before her tragic death.  — Bernama

Ahmad Shah Rizal cuba menenangkan anaknya di kediaman mereka di Kampung Paloh selepas menerima khabar duka kematian Allahyarham Faziani yang maut akibat kemalangan jalan raya pada Mei 2019.

Laporan tersebut dibuat pada pukul 1 petang di Balai Polis Tumpat, Kelantan.

Kemudian pada 26 Jun media melaporkan bahawa laporan polis kedua dibuat pada Selasa (21 Jun) oleh abang Allahyarham Faziani berhubung pertukaran pemilihan saham syarikat usahawan wanita itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Shah Rizal menjelaskan dirinya masih belum dipanggil untuk memberi kenyataan.

"Saya maklum dengan laporan polis itu, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan untuk membantu siasatan," ujarnya.

Satu laporan polis turut dibuat beliau berhubung penularan khabar angin yang mendakwa berlaku keraguan ke atas kematian bekas isterinya yang tular di media sosial.

Pada masa sama Ahmad Shah Rizal akan mengambil tindakan undang-undang dengan mengeluarkan saman malu terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Perkara tersebut dibuat menerusi peguam Nik Zarith Nik Moustpha menerusi tetuan Manz Co. Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram