Malek, Shark 'KL Gangster' berentap di PUBG


  • eSports
  • Selasa, 14 Jun 2022

Shark dan Malek akan kembali di dalam permainan PUBG Mobile x KL Gangster. — Agensi

PADA hari terakhir Kejohanan Musim Bunga PMPL SEA 2022, PUBG Mobile, permainan mudah alih yang popular di Asia Tenggara mendedahkan kerjasama menarik bersama francais filem blockbuster Malaysia iaitu KL Gangster.

Ini merupakan kerjasama filem tempatan pertama PUBG Mobile di negara ini.

PUBG Mobile mengumumkan kerjasama mereka dengan francais filem berkenaan menerusi teaser terbaharu yang dimuat naik di saluran-saluran rasmi mereka.

Terdapat iklan pendek berdurasi 30 saat yang dilancarkan, menampilkan Syamsul Yusof dan Datuk Aaron Aziz yang akan kembali melakonkan watak mereka iaitu Shark dan Malek.

Difahamkan, video teaser itu dirakamkan di Petaling Street, Kuala Lumpur yang mana merupakan medan pertempuran ikonik dari filem KL Gangster.

Daripada video teaser terbabit, peminat PUBG Mobile dan KL Gangster sudah boleh menjangkakan sesuatu yang luar biasa akan dilancarkan dalam permainan tersebut.

202206130511526585

PUBG Mobile x KL Gangster akan dilancarkan pada Julai ini dengan treler penuh akan dikongsikan tidak lama lagi.

Merujuk kepada teaser yang dikongsikan, nampak gayanya seperti akan ada mode pertembungan antara Malek dan Shark. Jadi, pemain perlu memilih untuk memihak kepada pihak yang mana satu.

Seperti biasa, pelbagai merchandise digital juga dijangka boleh dibeli dalam permainan itu terutamanya berkaitan kosmetik seperti baju, seluar, dan sticker.

Menurut PUBG Mobile, PUBG Mobile x KL Gangster akan dilancarkan pada Julai ini dengan trailer penuh akan dikongsikan tidak lama lagi untuk melihat Shark dan Malek.

Ini bukanlah kali pertama Aaron Aziz memeriahkan arena PUBG Mobile, memandangkan sebelum ini beliau pernah muncul dalam teaser sewaktu Kerjasama PUBG dengan Arcane dan sewaktu pengenalan Infection Mode.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram