Awas! Jangan terpedaya scammer 'Lu Scan, Lu Kaya'


  • Tular
  • Isnin, 27 Jun 2022

Gambar hadiah yang menjanjikan kekayaan kepada orang ramai sekiranya mereka mengimbas kod QR.

ORANG ramai diingatkan supaya tidak terpedaya apabila menerima hadiah berupa sebuah buku yang menjanjikan kekayaan.

Menerusi sebuah gambar tular, hadiah itu meminta orang ramai supaya mengimbas kod QR yang ada pada buku tersebut, bagi memastikan individu yang berbuat demikian menjadi kaya.

Arahan tersebut berbunyi: "Lu Scan, Lu Kaya."

Pada masa sama, sebuah mesej yang belegar-legar di aplikasi WhatsApp berkaitan hadiah tersebut turut tular.

Menurut mesej itu, hadiah berkenaan akan diletakkan di atas tanah atau di dalam peti surat sebelum dijumpai oleh orang ramai.

Justeru, individu yang menjumpai hadiah tersebut dinasihatkan supaya segera membuangnya ke dalam tong sampah.

"Kalau scan semua duit dalam bank anda akan habis. Beritahu saudara-mara dan kawan-kawan anda," jelas mesej tersebut.

Majoriti cuba mendapatkan makluman pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hadiah, scammer, imbas kod QR, WhatsApp