
KEBANJIRAN peniaga yang menjual buah durian menjadi punca kesesakan lalu lintas di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Cuma, situasi itu dianggap sebagai perkara biasa memandangkan dua tahun berehat akibat pandemik Covid-19 yang mengakibatkan penduduk tempatan 'menggila' semata-mata untuk menikmati raja buah.
Suri rumah, Minah Baharom, 55, berkata, beliau tidak berani untuk keluar rumah pada hujung minggu dan cuti umum.
"Perjalanan akan mengambil masa sekitar lebih setengah jam untuk sampai ke bandar pada jarak sekitar satu kilometer.
"Pada hari biasa, perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit. Disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara yang perlu pada hari biasa dan memilih untuk tinggal di rumah pada hujung minggu," ujarnya.
Sementara itu, seorang pesara guru yang hanya mahu dikenali sebagai Hong, 60, melihat musim durian di Pulau Pinang sering kali berlaku pada musim cuti sekolah.
Beliau memilih untuk meninggalkan rumahnya di Balik Pulau dan tinggal bersama anak perempuannya di George Town.
"Dengan melakukan ini, saya mengelakkan kesesakan di sini sambil menghabiskan masa bersama cucu saya," jelasnya.
Merancang perjalanan
Perncinta durian seperti Lee Hong Chun dan rakan-rakan adalah antara mereka yang pergi ke Balik Pulau pada hujung minggu baru-baru ini untuk menikmati durian.
Lee, 35, berkata, mereka menghadiri pesta durian di kawasan itu dan menjamu selesa dengan pelbagai jenis durian.
"Festival itu diadakan dari 10 hingga 12 Jun. Sudah dua tahun kami ke Balik Pulau untuk makan durian segar dan kami berlima makan sekitar tiga kilogram durian.
"Kami akan sampai pada pukul 9 pagi dengan menaiki motosikal. Walaupun trafik perlahan, saya bersyukur kerana ia bergerak dan tidak terhenti," ujarnya.
Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Yusoff, 35, sanggup memandu jauh dari Malaka.
Meskipun perjalanan sesak, namun beliau berasa seronok kerana hadir bersama-sama keluarga.
"Memandangkan musim cuti sekolah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membawa anak berjalan-jalan. Kami tidak kisah untuk pergi jauh semata-mata untuk menikmati durian segar.
"Memandangkan pelancong di Melaka sesak, kami membuat keputusan untuk menjadi pelancong di Pulau Pinang. Kami juga menikmati pemandangan sambil terperangkap dalam kesesakan dan akan kembali bertenaga dan bersedia untuk bekerja," ujarnya.
Pengurus sebuah restauran Thai di atas bukit yang dikenali sebagai Boon,50, akui menerima banyak tempahan pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
Disebabkan penambahan jumlah pelanggan, restoran hanya menerima pelanggan tempatan.
Perniagaan yang berkembang pesat
Kehadiran pelanggan tanpa henti pada setiap hujung minggu sehingga membolehkan peniaga menjual lebih 100 kilogram durian.
Peniaga, Mohd Fazli Abd Rahman, 39, tempoh kesesakan dikatakan akan berterusan sehingga penghujung Julai sehinggalah musim durian berakhir.
"Sekitar tiga hingga empat kilometer jarak kesesakan dari Jalan Tun Sardon ke pekan Balik Pulau, tetapi situasi ini hanya akan berlaku sekali dalam setahun," katanya.
Bagi pemilik Ladang Durian Bao Sheng, Chang Teik Seng, 62, berkata, permintaan terhadup raja buah meningkat pada tahun ini.
Pelanggan juga akan hadir ke inap desa yang diusahakan beliau untuk menikmati durian premium.
Sementara itu, Oscar Tan, 25, warga Singapura memilih untuk ke Balik Pulau pada hari bekerja.
Selain perjalanan lalu lintas yang lancar, beliau gembira apabila harga durian tempatan lebih murah berbanding di negara asalnya.
"Harga di Singapura sekurang-kurang SGD$30 (RM95) sekilogram bagi jenis tertentu," jelasnya.
Dibesarkan di Pulau Pinang
Jenis durian daripada kategori D600 atau lebih dikenali sebagai Musang King menjadi antara kegemaran pengguna.
Rasanya yang lembut, manis dan lemak sudah tentu membuatkan ramai yang tertarik.
Satu lagi varian terkenal, Black Thorn atau Orh Chee, berasal dari tanah besar Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berharap lalu lintas akan kembali lancar selepas cuti sekolah sudah berakhir.
“Sesak itu disebabkan musim durian dan cuti sekolah selama seminggu. Selepas berehat dua tahun, penjual durian menikmati perniagaan dengan baik. Sudah tentu ini menyusahkan penduduk Balik Pulau. Saya telah berkomunikasi dengan pihak berkuasa seperti polis. Mereka mengerahkan kakitangan untuk membantu mengarahkan lalu lintas," katanya.
ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan kertas kerja mengenai projek jalan raya bagi mengatasi kesesakan yang akan dibentangkan kepada mesyuarat exco kerajaan negeri.
“JKR Pulau Pinang telah berulang kali mencadangkan projek sebegini sejak Rancangan Malaysia Ke-11. Dalam mesyuarat DUN baru-baru ini, saya menekankan tentang keperluan negeri ini menambah baik jalan raya di Balik Pulau tanpa menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram