Apa kes letak CCTV dekat tandas, nak rakam apa?


  • Tular
  • Selasa, 21 Jun 2022

Kedudukan CCTV yang dikatakan menghala ke dalam tandas lelaki. — TikTok

PENGGUNAAN kamera litar tertutup (CCTV) sudah menjadi satu perkara lazim pada masa kini lebih-lebih lagi di kawasan perumahan.

Tidak hanya itu, premis perniagaan seperti bangunan rumah kedai atau pusat beli-belah turut menggunakan ia sebagai medium kawalan keselamatan.

Penjenayah juga lebih mudah dikenal pasti dan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Namun, bagaimanapun pula sekiranya CCTV diletakkan berhampiran dengan kawasan tandas.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, pengguna yang dikenali sebagai @ekalorange terkejut apabila dikatakan sebuah CCTV menghala ke arah dalam tandas.

Rakaman video yang menunjukkan sebuah CCTV dipasang berhampiran dengan tandas lelaki. — TikTok

Difahamkan, kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Johor.

Tentu sahaja perkara itu menjadi perbualan hangat warganet yang meminta agar pemilik akaun membuat laporan pihak berkuasa.

WhatsApp Image 2022-06-21 at 6.56.55 PM

WhatsApp Image 2022-06-21 at 6.56.54 PM

Sebahagian komen warganet mengenai rakaman video tersebut. — TikTok

Tidak kurang juga ada sebilangannya menganggap perbuatan tersebut sebagai bahan jenaka memandangkan perkara itu dipercayai berlaku berhampiran tandas lelaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram