SATU sikap yang perlu ada ketika menggunakan sistem pengangkutan awam adalah sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.
Sejak dahulu lagi rakyat sudah diterap dengan nilai untuk mendahulukan warga emas dan wanita mengandung terutamanya ketika keadaan dalam bas atau tren sesak dengan pengguna.
Namun, berbeza pula pengalamannya bagi seorang pengguna Twitter yang mendakwa ditengking oleh seorang warga emas kerana telah mengambil tempat duduk yang dikatakan miliknya.
Malah, tambah menyakitkan hati, warga emas yang juga seorang warga asing itu telah memaki hamunnya ketika dia sedang melelapkan mata di dalam tren.
Tangkap layar ciapan seorang pengguna tren yang tidak berpuas hati selepas dimaki seorang warga emas di dalam tren. — Twitter
Menurut pengguna Twitter itu, ketika kejadian berlaku, terdapat banyak lagi tempat duduk yang kosong tetapi warga emas itu tetap menengkingnya semata-mata mahu duduk di situ.
Difahamkan, ketika kejadian terdapat seorang lagi pengguna tren yang turut mempertikai tindakan warga emas itu namun telah diminta untuk mendiamkan diri.
Selepas tular di Twitter, terdapat pengguna media sosial yang lain turut berkongsi pengalaman sama apabila ditengking warga emas tersebut kerana kejadian yang sama.
Malah, beberapa pengguna Twitter yang lain juga turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana pengangkutan awam sepatutnya dikongsi bersama dan keutamaan patut diberikan bila situasi memerlukan sahaja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram