Sistem ranking sekolah adalah satu kesilapan besar — Pakar


Semua sekolah perlu berupaya mendidik dan menghargai pelajar mereka dengan baik.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menghentikan sistem penilaian berdasarkan kedudukan ranking sebagai pengukur prestasi antara sekolah.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, sistem tersebut merupakan satu kesalahan besar dan KPM sepatutnya fokus dalam tugas mendidik pelajar.

“Ia serius mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah kepada seluruh negara.

"Persekolahan bukan tentang peperiksaan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya, pada Sabtu.

sekolah ranking 1

Noor Azlan mengulas mengenai tindakan KPM yang meletakkan prestasi ranking antara sekolah berdasarkan keputusan hasil analisis Sijil Pelajaran Malaysia 2021 baru-baru ini.

Beliau berkata, semua sekolah perlu berupaya mendidik dan menghargai pelajar mereka dengan baik.

“Semua murid adalah permata. Gilap setiap murid dengan didikan terbaik.

“Sebaiknya kita mesti lebih berbincang mengenai sekolah yang perlu dipertingkatkan kualiti pendidikan yang diberi. Berubahlah KPM,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan