Penduduk Taman Widuri, P.Pinang terpinga-pinga bil air mencanak 50 kali ganda


  • Tular
  • Jumaat, 10 Jun 2022

Bil semasa yang diterima penduduk Taman Widuri dilaporkan mencecah lebih RM1,500, meningkat 50 kali ganda berbanding kebiasaan.

SEORANG penduduk di Taman Widuri, Sungai Jawi, Pulau Pinang meluahkan rasa kesal apabila bil air terbaharu yang diterimanya mencanak naik daripada kebiasaan.

Berkongsi aduan di Facebook, Penang Kini, hantaran kiriman Amien Ika menyatakan bahawa dia terkejut kerana bil yang kebiasaannya tidak melebihi RM50 kini dicaj sebanyak RM1,564.

bil  merapu 1

Katanya, perkara tersebut tidak masuk akal kerana kawasan kediaman tersebut sering menerima gangguan bekalan air dan kenaikan caj bil air itu juga pernah tular di media sebelum ini.

"Tidak masuk akal, bil semasa cecah lebih RM1,500, air pun digunakan seperti biasa, sebelum ini jumlah bil selama dua bulan paling tinggi RM30 sahaja.

"Mungkin ada kebocoran atau masalah lain yang perlu disiasat, kasihanilah mereka, sudahlah kawasan tersebut kerap ada gangguan bekalan air seperti yang tular baru-baru ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia memohon pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) supaya mengambil berat tentang perkara tersebut terutama di sekitar Taman Widuri.

Sementara itu, di ruangan komen, hantaran tersebut turut mendapat respons ramai yang berdepan isu serupa iaitu caj bil yang tidak munasabah.

Seorang pemilik akaun, Fatin Nurliyana Fns turut berkongsi gambar bil dari PBAPP yang diterima mendakwa, dia juga dikenakan caj yang dianggap merapu.

bil merapu 2

Gambar tersebut memaparkan bahawa caj semasa yang dikenakan adalah RM94.90 yang naik sekali ganda berbanding caj terdahulu iaitu RM43.60.

Susulan aduan yang tular itu, Majoriti cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak PBAPP, namun masih belum mendapat respons daripada pihak mereka.

Setakat ini, pihak PBAPP juga masih belum membuat sebarang kenyataan media berhubung perkara berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram