Harga barang naik, tanya sendiri pemimpin Bersatu — Najib


  • Politik
  • Jumaat, 10 Jun 2022

Najib menyindir semula kenyataan Hamzah berhubung isu kenaikan harga barang. — Bernama

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membalas secara sinis kenyataan yang dikeluarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkaitan cadangan kepada kerajaan dalam menyelesaikan isu yang dihadapi rakyat.

Ia juga termasuk isu berkaitan membendung kenaikan harga, selain memastikan bekalan makanan dan keperluan mencukupi.

Menurut Najib, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu seharusnya memaklumkan perkara tersebut kepada barisan pemimpin yang juga terdiri daripada ahli, bekas dan lantikan parti tersebut.

"Harap MPT Bersatu akan maklumkan perkara ini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Menteri kanan Ekonomi, Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Screenshot 2022-06-10 103851

Tangkap layar hantaran Najib di laman Facebook.

Pada Khamis, Bersatu berpendirian bahawa kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan serta keperluan harian mencukupi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram