Akibat degil tak nak bayar denda RM50, lelaki rela rosakkan Honda CRV


  • Tular
  • Khamis, 09 Jun 2022

Tangkap layar lelaki berkenaan yang sanggup merosakkan keretanya kerana menolak untuk membayar saman. — Facebook

SALAH satu kewajipan sebagai rakyat adalah mematuhi undang-undang dan jika melakukan sesuatu kesalahan, segala akibat perlulah ditanggung oleh diri sendiri sebagai lambang individu yang bermoral.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang pemilik kenderaan Honda CRV apabila lebih rela merosakkan keretanya daripada membayar denda akibat melanggar kesalahan di kawasan parkir.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik dalam halaman Facebook, Kau ninggal jela, menyaksikan seorang lelaki bertelingkah dengan dua pengawal keselamatan wanita di kawasan meletakkan kenderaan itu.

Rakaman video situasi pemilik kenderaan daan dua orang pengawal keselamatan itu.

Hanya kerana tidak ingin memanjangkan isu yang terjadi antara dirinya dan pengawal keselamatan berkenaan, lelaki terbabit lebih rela memandu keretanya meskipun maklum tayarnya dikunci atau clamp.

Bagi warganet tindakan lelaki itu hanya memakan diri kerana disebabkan tidak mahu membayar denda clamp bernilai RM50, dia lebih rela menanggung kerugian lebih banyak apabila merosakkan kenderaannya.

Ada juga yang berpendapat lelaki tersebut bersikap ego kerana isu berkenaan boleh dibincangkan dengan cara baik tanpa merosakkan harta persendiriannya.

"Ini masalah ego, tidak boleh kena tegur atau tidak boleh terima ada buat salah," kata pengguna, Adib.

"Menolak nak bayar saman RM50. Kos betulkan kereta yang rosak pula sekitar RM1500. Hidup seorang rakyat Malaysia," kata magamaga6264.

"Berapa kos rosak itu tidak penting. Yang penting hati mahu puas. Hidup ini kalau hati tidak puas. Memang dia akan terkenang-kenang," ujar Mohd Nazri Nazri601. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram