
SERAMAI 2,683 guru lantikan kontrak (CoS) bermula Jun 2020 akan dilanjutkan perkhidmatan mereka selepas 9 Jun, kata Datuk Dr Radzi Jidin.
Bercakap ketika sidang media selepas majlis pecah tanah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3) pada Sabtu, Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, perkara berkenaan disahkan selepas kementeriannya menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Jumaat.
"Ini selaras dengan kenyataan saya sebelum ini bahawa Kementerian Pendidikan akan melakukan yang terbaik dalam mencari penyelesaian terbaik bagi guru yang dilantik di bawah CoS," katanya.
Awal bulan ini, Radzi dilaporkan berkata, isu guru berkenaan akan diberi perhatian sewajarnya dan diselesaikan segera.
Beliau berkata, nasib 2,600 guru CoS yang dilantik pada pengambilan Jun 2020 akan diselesaikan apabila kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun.
Dalam perkara berasingan, beliau menambah, calon yang menghadiri temu duga bagi pengambilan sekali sahaja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Gred D41 pada 2021 boleh mula melihat keputusan mereka mulai Jumaat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram