Kakitangan MBSA ditemukan lemas ketika menyelam skuba di Dungun


  • 112
  • Sabtu, 28 Mei 2022

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, dari Selangor ditemui tidak bernafas selepas 15 minit melakukan aktiviti itu pada pukul 9.40 pagi. — Bernama

SEORANG kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditemukan lemas ketika menyertai aktiviti menyelam di Pulau Tenggol di Dungun, Terengganu pada Sabtu.

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, dari Selangor ditemui tidak bernafas selepas 15 minit melakukan aktiviti itu pada pukul 9.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa bersama rakannya dilaporkan bertolak dari jeti ke Pulau Tenggol pada pukul 8.30 pagi untuk menyelam.

"Mereka bersama penyelam lain tiba di Tokong Timur Pulau Tenggol pada pukul 9.25 pagi dan turun menyelam.

"Selepas 10 hingga 15 minit kemudian, pemandu bot ternampak mangsa terapung di permukaan air lalu dibawa naik ke dalam bot," katanya pada Sabtu.

Bagaimanapun Baharudin, mangsa didapati tidak bernyawa dan dibawa ke jeti Dungun sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram