Dera kanak-kanak di George Town: Ibu, nenek saudara direman empat hari


  • 112
  • Sabtu, 28 Mei 2022

Dua kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan JKM sementara siasatan kes berjalan.  — Astro Awani

IBU kandung dan nenek saudara yang disyaki terlibat kes dera dua beradik di flat di Air Itam di George Town, Pulau Pinang direman selama selama empat hari bermula Sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong selepas permohonan reman dikemukakan terhadap suspek berusia 28 dan 52 tahun.

"Dua wanita itu direman selama empat hari bermula hari ini (Jumaat) hingga 31 Mei depan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, dua suspek berkenaan yang dilihat bergari tiba di pekarangan Mahkamah George Town pada pukul 11 pagi untuk perintah reman.

Media pada Jumaat melaporkan, polis menahan dua wanita yang juga ibu kandung dan nenek saudara dua kanak-kanak berusia lima dan tiga tahun dalam serbuan di sebuah rumah flat di Air Itam di George Town.

Satu laporan polis dibuat seorang lelaki warga tempatan di Balai Polis Air Itam berkaitan satu hantaran di media sosial Facebook oleh orang awam mengenai gambar kanak-kanak sedang makan di sebuah restoran dengan kesan kecederaan di bahagian muka.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menahan dua suspek pada pukul 11.15 pagi. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram