
CADANGAN had parkir dua jam di Subang Jaya mulai 1 Jun masih belum diwartakan.
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang memohon kelulusan daripada jabatan undang-undang kerajaan Selangor untuk meneruskan pelaksanaan seperti yang dijadualkan.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar berkata, pihaknya telah meminta arahan berhubung perkara itu.
“Tempoh pelaksanaan sudah hampir, jadi jika had parkir tidak diwartakan, kita akan menghadapi masalah undang-undang.
“Jadi, penasihat undang-undang kita telah menulis kepada kerajaan negeri untuk kelulusan perkara itu bagi melaksanakannya (had parkir dua jam) dahulu dan mewartakannya kemudian," katanya.
Difahamkan, langkah mengenakan had masa ke atas kemudahan tempat letak kereta di jalan raya di bawah seliaan MBPJ adalah untuk mengelakkannya daripada dimonopoli oleh pekerja di kawasan itu, sekali gus meningkatkan kesediaan parkir untuk pelawat.
Johary berkata, walaupun had parkir yang dicadangkan adalah bukan untuk semua kawasan, namun pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat.
Beliau juga berkata, bahawa had parkir maksimum untuk dua jam bagi setiap kenderaan di USJ 10 juga akan diseragamkan ke kawasan lain. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram