Bukan sambutan majlis hari raya tapi perbarisan veteran tentera


  • Tular
  • Selasa, 24 Mei 2022

Hishammuddin bersama wira-wira negara semasa majlis ulang tahun ke-100 PVATM di Dataran Pahlawan Negara baru-baru ini. — Bernama

RAKAMAN video yang tular di Twitter, mendakwa sekumpulan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa berdiri di tengah-tengah panas hanya disebabkan meminta kebajikan dipercayai berlaku di Putrajaya adalah tidak benar.

Terdahulu, Majoriti melaporkan video yang dikongsikan oleh @pengguna Twitter, @apanakdikato, tentang sekumpulan warga emas dipercayai pesara tentera yang terpaksa berdiri di tengah-tengah panas pada satu acara majlis.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, kelihatan bekas-bekas tentera sedang berdiri dengan keadaan yang lemah dan tidak selesa mungkin disebabkan cuaca yang panas terik.

WhatsApp Image 2022-05-24 at 10.41.19 AM

Veteran yang sedang berdiri ialah program perbarisan bagi koordinasi PVATM dari seluruh negeri di Malaysia.

Menurut sumber Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef), majlis yang tular di dalam media sosial itu bukanlah majlis kebajikan ataupun majlis sambutan Aidilfitri seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi ia adalah Majlis Perbarisan Sempena 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) yang berlangsung pada 21 Mei lalu.

"Majlis seperti rakaman video yang tular di dalam Twitter itu adalah majlis perbarisan sempena 100 tahun persatuan veteran ATM, yang diadakan baru-baru ini di Dataran Pahlawan Putrajaya dan bukanlah Majlis Hari Raya Mindef.

"Memang ada program perbarisan, dan acara itu pula ialah koordinasi PVATM dari seluruh negeri di Malaysia dan rasanya rakaman itu diambil oleh peserta yang berbaris juga," kata sumber itu kepada Majoriti.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

PVATM 2

Shahruddin Hj Omar menyelar sebarang tuduhan yang mencabar kewibawaan PVATM Facebook

Sementara itu, Presiden PVATM, Kapten Datuk Shahruddin Hj Omar menggesa agar sebarang tuduhan atau perbuatan yang mencabar kewibawaan PVATM harus dihentikan supaya tidak meremehkan kewibawaan kepimpinan persatuan itu.

"Meremehkan kewibawaan kepimpinan PVATM dan seluruh warganya seperti ungkapan “bodoh”, “pembodek” dan “penerima dedak” sebenarnya menggambarkan keegoan dan kelemahan serta keangkuhan individu itu sendiri.

"Kehebatan seseorang itu bukanlah dinilai dari perkataan dan penulisan oleh individu tersebut, tetapi diukur dari segi prestasi dan pencapaian serta keberhasilan yang dinilai oleh pihak lain," katanya dalam satu kenyataan media. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram