
"PILOT hebat lepas itu apa-apa berlaku salahkan brek rosak, kejadian di Highway PLUS dengan kelajuan kenderaan 90-100 km/j".
Itulah perkongsian seorang lelaki di Facebook apabila dia merakamkan sebuah lori treler yang dipandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Khamis.
Lori treler yang dipandu secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. — Facebook
Berdasarkan video berdurasi satu minit yang di kongsikan oleh Mohd Hafidz Hasan di Facebook, pemandu lori treler tersebut membawa kenderaan itu dari lorong sebelah kanan sebelum memotong masuk ke lorong tengah dengan sangat laju.
Selepas kejadian tersebut, pemandu itu ingin memasuki lorong sebelah kanan semula sebelum sebuah kenderaan berwarna putih memberikan lampu tinggi kepada lori treler tersebut.
Komen-komen pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan cara pemanduan lori tersebut. — Facebook
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memberikan kecaman kepada pemandu lori tersebut yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.
"Lori tak perlu nak laju-laju, nak buat apa kejar 'trip' duduk sahaja lorong tengah dengan kiri, kalau eksiden mula salahkan brake, itu sahaja alasan yang selalu dibuat," kata Taufik Azam.
"Lorong tengah memang untuk santai-santai, memang salah lori itu pun sebab dia memotong kanan sepatutnya undang-undang memotong kenderaan sebelah kiri," perli Shah Airborne.
"Masalahnya lori tak boleh pakai lorong kanan, had limit lori pun 80/90 atau 70/80 bergantung pada 'rating stiker' dari Puspakom, teringat kes lima sekawan dilanggar oleh sehingga menyebabkan kereta terbakar dan meninggal dunia," jelas Ahmad Haqim.
Terdahulu minggu lalu, lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua buah treler di Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, selepas susur keluar Kuala Kangsar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram