Abang Food Panda dah tak tahan, selamba 'lepas hajat' di tempat parkir


  • Tular
  • Khamis, 19 Mei 2022

Tangkap layar lelaki itu sedang membuang air besar di kawasan parkir.

ISU haiwan buang air besar merata sering menjadi perkara yang dibahaskan lagi-lagi jika ia terjadi di kawasan perumahan namun berbeza kali ini seorang lelaki dalam keadaan sihat tubuh badan melakukan perkara tidak senonoh di sebuah tempat meletak kenderaan.

Aksi tidak senonoh lelaki itu ditangkap oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu yang mana menunjukkan pekerja penghantaran makanan berkenaan dengan selamba melorotkan seluar dan melepaskan 'hajatnya'.

Menerusi video yang dihantar oleh laman Isu Semasa Apa Hari Ini, rakaman pekerja Food Panda itu disifatkan sangat menjijikkan warganet kerana lelaki berkenaan meninggalkan najisnya di kawasan parkir tersebut.

Rakaman video perbuatan tidak senonoh pekerja Food Panda itu.

Kejadian pada Isnin itu mendapat kecaman hebat dari pengguna media sosial dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh kerana membuang air besar merata-rata di tempat terbuka dan secara tidak langsung melakukan pencemaran bau.

"Ialah semua orang alami sakit perut..tapi tuhan bagi akal fikiran apa salahnya digunakan dengan baik...nak buang pun pandanglah dulu atas bawah belakang depan kiri kanan biar kawasan itu tiada orang," komen pengguan media sosial, Shahrum Salleh.

"Pergilah tandas. Sekarang ini merata tempat dah ada tandas. Kalau ye pun hormatlah tempat orang sama. Kalau dalam hutan tu lainlah," kata MYusaini Mohamad Yusop.

"Kalau memang pun tabiat buruk tu janganlah tunjuk di tempat awam, kan dah jadi cacian menambahkan dosa pada orang yang komen saja, memang buruk perangailah saudara ini," ujar Ag B'One.

Dalam pada itu, disebabkan video tular berkenaan tidak kurang juga ada yang mengambil tindakan untuk memboikot syarikat penghantaran makanan tersebut.

"Jenuh aku selepas kejadian macam ini, baik aku beli sendiri makanan..tak nak dah pesan-pesan dari pihak kedua. Kita tak tau apa yang mereka buat lepas itu pegang-pegang makanan kita. Pergi tandas kencing pastu pegang kemaluan kalau basuh tangan tidak apa ok la sikit kalau tak basuh terus pegang tapau kita," kata Masrey Gt.

Video berdurasi 13 saat itu dikongsi lebih 5,000 pengguna Facebook dengan komen yang berbaur kecaman terhadap lelaki itu.

Pihak Majoriti sedang berusaha untuk mendapatkan komen pengurusan Food Panda berhubung kejadian ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram