Wanita seksi berlumur darah didakwa serang dua individu di Bukit Mertajam


  • Tular
  • Ahad, 15 Mei 2022

TANGKAP layar wanita berkenaan yang memegang senjata tajam.

SEORANG wanita berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dilihat memegang senjata tajam yang disyaki parang dalam satu kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Video tersebut yang tular di media sosial turut memaparkan satu dua individu yang cedera dengan seorang terduduk dengan baju berlumuran darah manakala seorang lagi dalam keadaan terbaring.

Berdasarkan makluman awal yang disertakan bersama video tersebut, wanita itu telah mencederakan kedua-dua individu itu dengan menggunakan senjata tajam menyerupai pedang atau parang.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada polis berkaitan dengan video tular berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram