Budaya samseng bola sepak, bilakah ia bakal berakhir?


  • Podium
  • Ahad, 15 Mei 2022

Penyokong Penang FC bergerak keluar dari Stadium Ipoh dengan kawalan daripada bahagian keselamatan stadium dan bantuan pihak polis. — Facebook

PADA Sabtu, sekali lagi penyokong pelawat diserang di Stadium Ipoh, Perak dalam pertembungan antara skuad The Bos Gaurus menentang Penang FC yang berkesudahan 1-4.

Apa yang menarik perhatian sekali lagi kekecohan oleh penyokong tuan rumah dilakukan terhadap penyokong lawan pada minit perhujung perlawanan.

Di dalam satu video jelas samseng bola sepak yang dianggotai kira-kira 100 orang melakukan provokasi dan serangan ke arah penyokong Penang FC.

Rakaman video yang menunjukkan provokasi dan serangan ke arah penyokong Penang FC. — Facebook

Melalui info yang diterima, difahamkan kumpulan samseng itu dipengaruhi alkohol yang menyebabkan mereka sukar dikawal anggota keselamatan stadium sehinggakan mengingkari arahan pihak polis.

Pihak keselamatan stadium cuba menenangkan kumpulan terbabit yang membaling mercun ke arah padang tetapi tidak diendahkan sehinggakan pihak polis terpaksa campur tangan.

WhatsApp Image 2022-05-15 at 11.37.30 AM

Johor sebelum ini telah mengharamkan penglibatan samseng bola sepak di stadium.

Akibat teguran pihak keselamatan kumpulan terbabit mula marah dan dengan tidak semena mula menyasarkan penyokong Pulau Pinang.

Lebih malang lagi, rata-rata penyokong Pulau Pinang hadir bersama keluarga dan anak kecil hingga menyebabkan mereka dalam ketakutan.

Ini entah kali ke berapa kekecohan berlaku di stadium yang sama. Persoalannya sampai bila kejadian ini akan berterusan?

Perlukah ada yang ‘mati’ baru tindakan tegas bakal diambil? Terdahulu sebagai contoh di Johor, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara tegas mengharamkan penglibatan samseng bola sepak di stadium.

Mereka diharamkan masuk ke dalam stadium seumur hidup dan seharusnya tindakan ini yang patut diikuti.

Pihak Malaysian Football League (MFL) bersama persatuan bola sepak harus tegas dalam membanteras budaya samseng bola sepak ini agar barah ini tidak merosakkan keindahan bola sepak di Malaysia. — Majoriti

Penang Brotherhood, penyokong Penang FC.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram