Tetap melawan walaupun longlai sebelah tangan, Al Jufferi mohon doa rakyat Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 15 Mei 2022

Jurulatih pasukan silat negara, Mazlan Shaari mengangkat Mohd Al Jufferi Jamari yang mengalami kecederaan di bahagian bahu. — Bernama

AKSI pesilat negara, Al Jufferi Jamari yang menang ketika melawan pesilat Indonesia, Iqbal Candra Pratama dalam Sukan Sea Vietnam pada Sabtu lalu benar-benar meruntun jiwa penonton.

Manakan tidak, dalam perlawanan itu, Al Jufferi telah mengalami kecederaan di bahagian bahu kanannya tetapi masih bangkit melawan Iqbal Candra.

Malah, pemenang pingat emas empat kali temasya Sukan SEA menerusi satu video yang tular jelas terlihat melawan dalam keadaan menahan sakit tetapi masih mampu menang.

Rata-rata warganet menyatakan rasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan Al Jufferi apatah lagi melawan seteru negara sejak dulu lagi.

file7kz3d0a0f3sdgkda6ad

Al Jufferi menahan sakit sambil mendengar kata-kata semangat daripada jurulatih sebelum meneruskan pelawanan. — Bernama

"Terharu tengok dia, sakit macam itu, dia tetap teruskan demi nama Malaysia," kata Chef Ibaidullah Razak.

Perantau Hepi pula mengakatan rasa kagum dengan semangat pendekar Al Jufferi walaupun hanya berbekalkan satu tangan sahaja.

"Terharu tengok dia, sakit macam itu, dia tetap teruskan demi nama Malaysia," kata Chef Ibaidullah Razak.

Dalam pada itu, Al Jufferi turut memohon doa daripada semua untuk meneruskan perjuangannya dalam Sukan Sea.

file7kz3dg3hm9luxedq6ac

Al Jufferi tetap melawan pesilat Indonesia walaupun mengalami kecederaan di bahu kanan.

"Saya memerlukan doa-doa saudara dan sahabat saya di luar sana untuk perlawanan SEA Games ini kerana saya sedang mengalami cedera di bahu.

"Doakan saya dapat memartabatkan negara Malaysia dan juga mendapat pingat emas untuk Malaysia," katanya.

Menerusi kemenangan Al Jufferi pada Rabu, juara dunia tiga kali itu mengetuai kemaraan empat wakil negara ke peringkat separuh akhir acara silat tanding pada Sukan Sea Vietnam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram