Tiada timbang rasa, anak-anak jiran main mercun sampai ke 'malam buta'


Bermain mercun perlu kena pada tempat dan waktu agar tidak mengganggu orang lain.

BERMAIN mercun sudah menjadi kebiasaan penduduk di Malaysia terutama menjelang musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Bagaimanapun, apabila aktiviti itu terlalu berlebihan, ia sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam, malah mengundang kemalangan.

Situasi ini dihadapi oleh ramai pihak yang turut berkongsi pengalaman mereka di hantaran akaun Facebook, Viral Permata Johor.

Berkongsi luahan yang tidak berpuas hati jirannya bermain mercun sehingga mengganggu waktu tidur.

Tulis perkongsian itu, dia terganggu dengan tindakan jiran tetangga yang dipercayai bermain mercun bom di kawasan perumahan meskipun waktu ketika itu sudah melepasi pukul 10 malam.

WhatsApp Image 2022-04-29 at 20.40.27 (1)

Luahan pengguna Facebook berkenaan berhubung jiran bermain mercun.

“Rasa nak telefon polis sebab jiran suka main mercun dan bunyinya mirip seperti mercun bom.

“Sekarang sudah pukul 10 malam masih main mercun, anak saya yang mahu tidur sampai terkejut menangis sebab takut,” katanya.

Tambahnya lagi, individu yang bermain mercun seolah-olah tidak bertimbang rasa kerana ada penduduk lain yang juga mempunyai anak kecil di kawasan tempat mereka bermain.

Menerusi hantaran itu ramai pengguna Facebook yang turut berkongsi berhadapan situasi sama.

Pemilik akaun, Norfazilah Mohd Hanifiah berkongsi bahawa di tempatnya anak jiran-jiran bermain tidak kira siang malam.

WhatsApp Image 2022-04-29 at 20.40.27

Komen dari pemilik akaun, Norfazilah Mohd Hanifiah berhubung isu itu.

Katanya, kerana tidak tahan dengan bunyi mercun yang bising dia pernah menegur anak-anak jiran tersebut supaya pergi bermain di rumah mereka.

“Dari petang sampai malam mereka tidak berhenti main mercun, kadang-kadang saya hairan, banyak juga duit mereka hari-hari bakar mercun.

“Sampai satu tahap saya keluar rumah dan jumpa mereka suruh bermain di rumah sendiri kerana bising, baru aman seketika,” luahnya.

Pemilik akaun, Irafitria Mohd Azril pula mengatakan meskipun bermain mercun sudah menjadi kebiasaan di bulan Ramadan, perlu juga ada timbang rasa dan fikirkan juga tentang orang lain.

WhatsApp Image 2022-04-29 at 20.40.26

Pemilik akaun, Irafitria Mohd Azril turut meluahkan pendapatnya.

“Kalau mercun biasa yang berwarna warni itu boleh diterima tetapi ini yang bunyi kuat, bila ada jiran yang ada bayi baru lahir tak tahu nak kata apa.

“Nak main mercun biar bertempat dan berwaktu jangan malam buta masih bermain mercun,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram