Pemandu cedera parah, kereta terputus langgar pembahagi jalan di Jalan Glenmarie


  • 112
  • Rabu, 27 Apr 2022

Kenderaan tersebut terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan. — Sinar Harian

SEORANG pemandu cedera parah selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Glenmarie di Shah Alam, Selangor, awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 1.19 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari Subang menghala Lebuh Raya Persekutuan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

"Kereta tersebut terputus dua dan bahagian hadapan terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakang terbakar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang parah dirawat oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram