TIGA pemuda maut apabila sebuah kereta Honda Brio berwarna merah dirempuh kereta api di persimpangan Jalan Gayung Kebonsari, Surabaya, Indonesia pada malam Ahad.
Berdasarkan keterangan sukarelawan penjaga pintu landasan, Sukarjo (47), kereta yang dinaiki tiga pemuda dari Wonocolo itu, Abid Bahrain (19), Moch Zidan Ibrahim (19) dan Fairuz Aditya Maulana (19) pada mulanya memandu dari arah barat ke timur.
Namun, setibanya di Persimpangan Kereta Api Kebonsari Manunggal, kereta itu nekad untuk menceroboh, walaupun sudah diberi amaran bahawa Kereta Api Pasundan laluan Surabaya-Bandung sedang melalui dari utara ke selatan sekali gus mengakibatkan perlanggaran tidak dapat dielakkan.
Kereta yang dinaiki tiga remaja lelaki itu diseret dan terus meninggalkan lokasi kemalangan iaitu dianggarkan sehingga 100 meter jauh jaraknya.
“Semasa di Perlintasan Kereta Api Kebonsari, kereta api Pasundan tiba-tiba datang dari dari arah utara ke selatan dan secara serta-merta kendaraan tersebut diheret sejauh kurang lebih 100 meter,” kata saksi yang ditemui Balai Komando Surabaya, pada Isnin.
Dilaporkan bahawa semua penumpang dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu itu tercampak sejauh dua meter, manakala seorang lagi penumpang maut di atas hud kereta, dan seorang lagi terperangkap di bawah kenderaan itu.
Sukarno berkata, kereta yang dinaiki tiga pemuda itu sebenarnya berhenti di hadapan persimpangan kereta api namun mereka masih terdesak untuk menyeberang.
"Ia berhenti, kemudian tiba-tiba ia dipandu semula. Saya berhenti kerana saya berada di seberang juga," kata Sukarno.
Sementara itu, tiga mayat terbabit telah dibawa oleh anggota polis ke Hospital Bhayangkara.
Ketua Laka Polrestabes Surabaya, Iptu Anwar berkata, berdasarkan lokasi kejadian, sukarelawan pengawal lintasan mengarahkan kereta mangsa untuk berhenti.
Kemalangan disyaki berlaku kerana pemandu yang tidak memberikan perhatian.
“Pengawal sudah menghalang, tetapi pemandu masih meneruskan perjalanan,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram