Punca lelaki maut motosikal terbabas di Mukah dikenal pasti


  • 112
  • Isnin, 25 Apr 2022

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. — Astro Awani

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak pada Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 pagi itu, mangsa, Keevan Robert, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Rahmat Jalimin, siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari Kampung Penakub menghala ke arah Kampung Jebungan.

“Mangsa menunggang motosikal seorang diri dan apabila tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke arah kanan jalan dan memasuki parit.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk proses bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

motosikal, maut, terbabas, Keevan Robert, Mukah