Ibarat mendewakan wang, tindakan Isa Isarb promosi syarikat judi dipersoal


  • Berita
  • Rabu, 27 Apr 2022

Tangkap Layar video terbaharu Isa Isarb yang mempromosikan syarikat judi.

NAMA YouTuber, Isa Isarb nampaknya menjadi tular sekali lagi selepas didakwa mempromosikan syarikat judi yang menjadi penaja dalam video mereka.

Perkara itu disuarakan pengguna Twitter, Uzair Yusof yang mendakwa iklan tersebut bukan dari YouTube, tapi memang dipromosikan oleh Isa Isarb.

"Dia selidik tak M88 ni buat apa? Ke main terima sahaja sesiapa untuk jadi penaja," soal Uzair Yusof.

WhatsApp Image 2022-04-27 at 8.42.19 AM

Tangkap layar status di Twitter berkaitan penaja video Isa Isarb.

Ternyata tindakan Isa Isarb itu juga mendapat respons negatif daripada warganet yang lain.

Seorang lagi warganet, Haziq AbdurRahim juga mempertikai tindakan Isa Isarb dan berpendapat bahawa sebagai seorang content creator, dia sepatutnya melakukan tapisan awal.

Menurutnya, isu syarikat judi itu bukan sahaja melibatkan dirinya, tetapi disebabkan Isa Isarb sebagai seorang yang berpengaruh dan kebanyakan yang menonton adalah orang beragama Islam dan kanak-kanak.

Rata-rata warganet mengatakan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi Isa Isarb adalah seorang yang beragama Islam.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa apa yang berlaku ibarat mendewakan wang kerana asalkan dapat banyak duit, apa sahaja boleh dilakukan.

Minggu lalu nama Isa Isarb turut menjadi tular selepas mengadakan program yang merupakan content terbaharu dalam saluran YouTube miliknya.

Menerusi program itu, seorang wanita mengandung telah didakwa dipijak tanpa sengaja oleh peserta yang lain ketika berpusu-pusu masuk ke dalam padang.

Wanita itu adalah seorang daripada 50 peserta yang terlibat dengan content terbaharu Isa Isarb yang diadakan di Garden Arena, Rawang, Selangor pada minggu lalu.

Suami wanita yang juga seorang daripada peserta program itu turut berang dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Pihak Majoriti masih menunggu maklum balas Isa Isarb bagi menjelaskan dakwaan terhadap dirinya berhubung perkara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram