Akeng maut jatuh dari ruang ampaian tingkat lapan kediaman kampus USM


  • 112
  • Selasa, 26 Apr 2022

Mangsa dilaporkan terjatuh dari kawasan ampaian kediaman itu. — Twitter

SEORANG pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat lapan kediaman pelajar pada Isnin.

Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani atau dikenali sebagai Akeng dalam kalangan teman kampus adalah pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, dilaporkan terjatuh dari kawasan ampaian kediaman Desasiswa Tekun M05.

Dia digambarkan sebagai seorang pelajar yang baik, terjatuh ketika ingin mengambil pakaian yang jatuh di bawah ampaian tersebut.

Dilaporkan, punca insiden masih sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Setakat ini masih belum terdapat kenyataan rasmi daripada USM atau pihak polis berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram