SEORANG pengusaha kedai kek mendedahkan taktik scammer yang menggunakan modus operandi mengedit gambar resit untuk membeli kek daripadanya melibatkan kerugian hampir RM15,000.
Perkara itu dibongkarkan dalam dalam satu untaian Twitter @MegatAD pada Khamis yang menceritakan kisahnya memerangkap scammer tersebut sehingga dia ditangkap polis.
"Siapa kat sini buat bisnes dan customer bayar secara transfer manual? Please hati-hati ya. Kedai kek saya SugarCandy dah dapat tangkap tiga customer yang berlainan menipu... edit gambar resit. Ya serius, sindiket edit gambar resit ni memang benar wujud! Total RM19,000 kami terkena.
"Kes pertama, ‘VIP’ customer ni order cake 11 kali. Ada macam-macam jenis kek dia order. Ready Made cake. Custom Cake. Pull Money Cake (kek tarik duit). Pinata Cake (ketuk ketuk dlm ada duit). total almost 15,000 kena scam dari dia sorang sahaja. Dia nak duit dalam kek dan bukan kek itu," ceritanya.
Katanya, setelah sedar dirinya ditipu, dia ada melakukan laporan polis dan dimaklumkan bahawa seorang pegawai penyiasat (IO) akan menghubunginya, namun tiada maklum balas lanjut.
Setelah seminggu laporan polis dibuat, katanya, pelanggan tersebut melakukan satu lagi pesanan pull money cake dengan RM2,000 di dalam WhatsApp.
"Dia tak tahu kerja dia dah kantoi. kita pun apa lagi... kumpul segala maklumat yang ada, bawa semua bukti dan saya menyamar sebagai ‘delivery man’.
"Sebelum nak datang dah telefon nombor number IO yang polis bagi hari tu ajak join sekali pergi jumpa suspek. Tapi dia busy tak angkat panggilan dan kita risaukan orang yang dalam Whatsapp ni bukan org yang sebenar.
"Tapi... dialah orang yang sama macam di Whatsapp, Facebook dan Instagram yang kami buat research. Banyak soalan saya tanya. nak minta tengok resit tak nak bagi sebab katanya privacy," katanya.
Ceritanya, selepas disoal siasat, pelanggan wanita itu mengaku bahawa dia melakukan penipuan tersebut yang dianggarkan hampir RM15,000.
Dia kemudian mengarahkan wanita itu supaya membayar semula jumlah berkenaan dalam masa 30 minit tetapi wanita itu memberi alasan bahawa wang hasil penipuannya sebelum ini sudah habis digunakan.
"Bila suruh minta dekat suami dia cakap dia tak bersedia lagi untuk beritahu suaminya tentang perkara ini. Jadi kita telefon polis untuk datang.
"Lepas kita tunjuk semua bukti kat polis dan dia mengaku serta masih tak boleh nak bayar balik jumlah dia hutang tu... jadi kita putuskan untuk ikut prosedur polis. Pergi ke balai polis terdekat untuk buka kes," katanya.
Setibanya di balai polis, dia mendapati bahawa suami wanita itu sudah berada di situ dan merayu supaya perkara itu dapat diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.
Namun, dia bertegas supaya keseluruhan jumlah wang tersebut dibayar pada hari yang sama atau laporan akan tetap dibuat dan kes akan dibawa ke mahkamah.
Setelah suspek dan juga suaminya tidak dapat membayar keseluruhan wang tersebut pada hari yang sama, dia bertindak untuk membuat laporan polis dan membawa kes ke mahkamah.
"Tapi polis tetap suruh bincang dengan suspek dan IO tu call cakap suruh settle tepi juga. Mereka berkeras suruh settle tepi. Aku berkeras untuk buka kes dan mereka tak nak buka.
"Sambil tu aku pergi solat asar dan istikarah. Betul ke keputusan aku buat ni? Lepas solat, memang otak aku terus nak masuk balai dan keras nak buka kes tapi polis cakap tak boleh buka kes sebab IO busy. Dia suruh datang pejabat dia esok pagi dengan suspek.
"Aku dah bengang... aku cakap, selagi tak tangkap selagi tu aku takkan balik. Bukti dah ada, suspek dah ada dan dia dah mengaku. Nak apa lagi? Isteri aku suruh polis tu call boss kepada IO tu tadi.
"Dia cakap boleh tangkap la suspek dah mengaku. masuk lokap IPD PJ, tapi tunggu surat dulu. Jam dah pukul 6.30 petang, aku pun pergi makan dekat kedai 100 meter dari kawasan tu jalan kaki. Sekitar jam 7.15 petang kami datang semula ke balai.
"Polis beritahu suspek dah pergi ke lokap. IO tadi dah datang ambil. Dia cakap suspek ni perempuan jadi kena jaga aib dia, takkan nak record pula. jadi mereka buat senyap-senyap ikut belakang," katanya.
Kemudian, lelaki itu bertindak untuk membuat cover report berhubung perkara itu walaupun pada mulanya ditentang oleh polis di balai tersebut.
"Aku pun masuk dalam... dia suruh cakap apa nak cerita dalam laporan. aku pun ceritakan dan bila sampai part aku cakap "kemudian suspek telah ditangkap oleh inspektor xxx ke lokap untuk tahan reman", tiba tiba dia enggan memasukkan bahagian itu dalam laporan.
"Kemudian habiskan laporan macam tu saja. Dia baca laporan tu 15 kali, kemudian aku baca dan aku setuju. Kemudian dia salin laporan dan tandatangan. Kami pun balik jam 8 malam.
"Tiba-tiba jam 11.30 malam baru ada IO yang asal yang busy sangat tadi tu, yang sepatutnya uruskan kes ni hubungi tanya apa yang terjadi. Dia kata pihaknya baru nak buka surat penangkapan.
"IO tu cakap esok pukul 11 pagi datang pejabat dia untuk soal siasat. bawa segala bukti. Kemudian dia tunjuk surat penangkapan memang ada nama penuh, nombor kad pengenalan suspek, dan dia kata suspek kena tahan reman empat hari untuk soal siasat, kes akan naik mahkamah dalam masa tiga hingga empat bulan lagi," dakwanya.
Majoriti sedang menunggu kenyataan rasmi dari polis berhubung dakwaan mangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram