Kes mat lajak: Guna undang-undang terhadap ibu bapa cuai


  • Massa
  • Isnin, 18 Apr 2022

Aktivit basikal lajak dalam kalangan remaja mengundang kecaman orang ramai.

AKTA Kanak-Kanak 2001 harus digunakan untuk memastikan ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau, langkah itu diperlukan khususnya dalam kes kecederaan atau kematian yang berpunca daripada kecuaian.

Beliau percaya bahawa penyelesaian yang lebih holistik harus dipertimbangkan selepas insiden ngeri membabitkan lapan remaja berbasikal lajak pada 2017.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau mengimbas kembali pengalamannya sebagai pegawai perubatan di Jabatan Bedah Saraf, Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 1994 dan 1995.

"Saya menyaksikan banyak kes kecederaan teruk di kepala kanak-kanak, ada yang mengakibatkan kematian, yang boleh dielakkan sekiranya ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan anak mereka," katanya.

Beliau mengingati semula satu kejadian apabila seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat kecederaan kepala yang teruk.

“Mangsa sedang bersandar di tingkap kereta ketika bapanya memandu. Kepalanya terlanggar dahan pokok ketika kereta itu melalui kawasan terbabit, menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan maut di kepala.

“Adakah ibu bapa tidak sepatutnya bertanggungjawab untuk mendisiplinkan anak-anak mereka sendiri dan melindungi nyawa serta keselamatan mereka?” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram