"SAYA akan lakukan apa sahaja dengan kuasa yang saya ada untuk mendapatkan keadilan buat Bella," itu kenyataan tegas Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berhubung kes penderaan melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali.
Berkongsi di Instastory pada Jumaat, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu turut memberitahu bahawa beliau sudah jelak dengan sikap segelintir 'manusia pengecut' yang berfikir bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap insan yang lemah dan 'lepas tangan.'
"Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi yang pasti akan ada balasan yang setimpal buat sama ada di dunia dan akhirat.
"Kamu juga akan menjadi contoh kepada semua 'pengecut' di luar sana yang tidak pernah berfikir tentang akibat atas apa yang mereka lakukan di masa akan datang," katanya.
Che Puan Khaleeda menaik kenyataan itu susulan perkongsian kontroversi peguam Siti Bainun di Facebook baru-baru ini yang turut mendapat kecaman warganet.
Dalam perkongsian di Facebook, peguam mewakili Siti Bainun, Hafidzah Hassan berkongsi gambar bersama anak guamnya dan sembilan lagi barisan peguambela yang turut mengedalikan kes berkenaan.
Hafidzah dalam statusnya menulis, "Semoga selepas ini cerita-cerita dilaporkan dengan adil dan tiada dokumen atau fakta sebelah pihak didedahkan.
"Semoga berjaya kepada rakan guaman saya," kongsinya.
Gambar tersebut mendapat kecaman orang ramai yang turut tidak selesa dengan riak ceria barisan peguam yang mewakili Siti Bainun.
Rata-rata mereka tetap berpihak kepada Bella dan mendoakan supaya penghakiman kes tersebut dapat dijalankan dengan adil dan saksama.
Seorang pemilik akaun, Nur Zalina Mohd Zahir menulis di ruangan komen menyindir 'senyuman manis' barisan peguam berkenaan.
"Senyum manis ya anda? Tidur lena jika tegakkan benang yang basah? Dunia boleh terlepas..taip ingat Yang Atas memerhati, puan peguam tak tongkat langit tahu.
"Satu hari nanti kita semua nak balik ke dunia abadi, pilih jalan mana yang mahu, jangan aniaya manusia lain.
"Pakai 10 peguam pun fakta tidak ada terbentang depan muka, kenapa semua masih buta tuli lagi?
"Topeng orang pakai di mulut sahaja dan bukan di mata untuk tutup apa yang sahih. Otak cerdik itu guna untuk timbang tara da jangan simpan di dalam almari," ujarnya yang turut menyatakan #justice4bella. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram