KEMELUT kewangan yang dialami oleh pasukan Perak FC kini mula mendapat perhatian daripada penyokong pasukan tersebut.
Malah, doa supaya urusan pengambilalihan pasukan itu kepada pemiliki baharu dan bantuan kewangan mula digerakkan untuk membantu pemain dan kakitangan Perak FC apatah menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
Seorang pengguna media sosial, Syafi Ahmad berkata, dia dapat merasakan yang keseluruhan pemain dan kakitangan Perak FC hanya mempunyai duit sekadar untuk pergi berlatih dan membeli juadah untuk berbuka serta sahur.
"Semoga pemilik Perak FC dan lembaga pengarah dilembutkan hati untuk merasa ihsan kepada mereka yang terkesan dengan masalah ini.
"Semoga mereka berlapang dada dan memudahkan urusan pengambilalihan dengan segera tanpa sebarang kemusykilan dan mendapat rahmat dari Allah kerana tidak meletakkan Perak FC dalam bahaya," katanya.
IMC didakwa sengaja lengahkan tawaran
Selain itu, ada juga penyokong yang bertanya sama ada terdapat jutawan yang ingin mengambil Perak FC namun rata-rata beranggapan tiada siapa yang berani mengambil risiko.
Aerma Nizan berkata, sebelum Perak FC dopotong tiga mata pertama tempoh hari memang pemilik pasukan itu, IMC seperti sengaja melengahkan tawaran pihak berkenaan untuk membeli Perak FC.
Sebahagian daripada pemain bersama kakitangan Perak FC.
"Depa (mereka) dah buat tawaran nak ambil Perak FC. IMC patut permudahkan, ini sampai hari ini macam-macam hal. Tak kesian langsung pada pemain dan kakitangan," katanya.
Kepala TingTong juga berkata yang kalau sudah hutang terselindung berjumlah RM20 juta, memang ramai usahawan dan jutawan yang akan berfikir dua kali untuk membeli Perak FC.
Bikin tabung bantu pemain, kakitangan
Simpati dengan apa yang berlaku, penyokong Perak FC kini mula menggerakkan tabung untuk mengumpulkan dana bagi membantu kewangan pasukan mereka.
Muhammad Muhammad berkata, dia setuju untuk menyumbangkan duit semampu dirinya untuk membantu para pemain dan kakitangan Perak FC.
Penyokong Perak FC yang setia berada di belakang pasukan itu.
"Apa hata kita semua rakyat Perak buat tabung sumbangan dan hasilnya akan terus diserahkan kepada barisan jurulatih dan pemain," kata Mohd Najib.
Sementara itu, Kepala TingTong pula memaklumkan usaha mengumpul duit untuk membantu sudah dilakukan sebelum ini.
"Tak perlu buat banyak tabung. Hari itu lagi dah buat, boleh cari maklumat sendiri," katanya.
Apa pun, usaha untuk menyelamatkan pemain, kakitangan dan pasukan Perak FC itu kini sedang digerakkan oleh penyokong.
Cuma apa yang merisaukan jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti penipuan untuk keuntungan diri sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram