Nak kumpul duit raya ke? Wanita bertudung leka main game ala-ala judi online bikin panas, si perakam video pun kena tegur


  • Tular
  • Selasa, 12 Apr 2022

Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang wanita bertudung leka bermain permainan yang didakwa mirip judi online. — Facebook

SATU video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita bertudung yang dikatakan asyik bermain game mirip judi online, mendapat kecaman netizen.

Menerusi video pendek berdurasi 14 saat itu, wanita tersebut yang dirakam dari belakang oleh individu lain leka membelek aplikasi dipercayai permainan online sementara duduk menunggu giliran.

Rakaman itu dikongsi daripada TikTok @shamwan84 sebelum dikongsi semula individu bernama Mohd Haikal di laman Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini pada Selasa.

Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, permainan tersebut dipercayai slot judi online ala-ala mesin slot kasino.

277759343_512014477125664_3769043673349472878_n

Contoh permainan mirip judi online yang boleh dimuat turun di telefon bimbit.

Ada yang mengatakan permainan itu ialah Big Win Casino Slott, Ultra Mega Big Win atau Mega888, namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

"Wah sis sempat lagi kau ya cari duit raya...jangan bergadai golok dah la," komen seorang pengguna Facebook, Norhisyam Mohamed Rais.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita bertudung leka bermain permainan yang didakwa mirip judi online. — Facebook

Affrizal Aidil Jeefri pula membuat teguran kepada perakam kerana tidak menegur perbuatan wanita tersebut.

"Yang rakam pergi la tegur, sentiasalah berpesan-pesan ke arah kebaikan walaupun sepotong ayat," katanya.

Dynn Wie pula berpesan agar tidak membuat tuduhan melulu tanpa periksa perkara sebenar.

judi 3

judi 1

judi 2

Antara komen yang ditinggalkan netizen terhadap penyebaran video itu. — Facebook

"Main games slot tu bukannya semua kena bayar... Hanya orang yang tak tau saja kata kena bayar tunai sedangkan aplikasi Play Store ada banyak permainan slot percuma yang hanya untuk suka-suka ja.

"Tak percaya boleh semak kat Play Store....Ingat jangan menuduh kalau tak tau yang sebenarnya... Dapat dosa je kat bulan puasa ni," katanya.

Dalam agama Islam, aktiviti seperti loteri, tikam, mesin slot dan sebagainya yang melibatkan segala bentuk perjudian sedangkan ia adalah satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram