Lelaki 'lalok', layan kepala atas bumbung kereta bergerak


  • Tular
  • Selasa, 12 Apr 2022

Tangkap layar rakaman seorang lelaki disyaki khayal berbaring di atas bumbung kereta yang sedang bergerak. — Facebook

AKSI seorang lelaki dipercayai berada dalam keadaan khayal dan duduk di atas but sebuah kenderaan yang sedang bergerak, tular di media sosial.

Lelaki itu yang dilihat berkaki ayam dan mengenakan jeans serta baju-T hitam dengan selamba duduk di atas but sebuah kereta sambil melayan kepala yang 'lalok'.

Klip tular berdurasi 1 minit 48 saat itu dipercayai dirakam oleh individu lain dari dalam sebuah lori doi lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Dia turut menunjukkan beberapa gerak badan kepada perakam, namun tidak jelas apa yang cuba disampaikan.

Rakaman tular seorang lelaki dipercayai sedang khayal duduk di atas but kereta. — Facebook

Dalam rakaman itu lagi, kelihatan lelaki terbabit menyandarkan badannya ke cermin belakang kereta itu.

Dia turut mempamerkan aksi berbahaya dengan bergerak membetulkan posisi supaya lebih selesa semasa bersandar.

Ketika lori itu memintas kereta berkenaan dari sebelah kiri, kelihatan lelaki itu menggerakkan belakang badan untuk memanjat bumbung kereta.

Perbualan antara pemandu dan kelindan lori itu pula dalam bahasa Tamil dipercayai merujuk aksi berbahaya lelaki terbabit.

Video itu dikongsikan di Facebook Zon Taiping pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram