Amaran angin kencang di Sabah


  • Primer
  • Isnin, 11 Apr 2022

PERAIRAN Sabah mungkin akan dilanda angin kencang ekoran ribut tropika Megi. — Agensi

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu pada Isnin.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi tersebut dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini setiap tiga jam di laman web dan aplikasi myCuaca ataupun talian hotline MetMalaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram