DALAM tempoh lebih dua tahun lepas, transformasi digital dilihat sebagai jalan untuk membina keutuhan dan kelangsungan perniagaan, sekali gus menjawab persoalan tentang kemampuan perniagaan untuk terus beroperasi walaupun berdepan perintah kawalan pergerakan.
Walaupun perniagaan telah mula beralih ke arah digital secara perlahan ekoran Covid-19, perniagaan perlu menerapkan pendekatan utuh dalam strategi transformasi digital mereka untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu.
Tinjauan yang dilakukan McKinsey & Company pada tahun lalu menunjukkan perniagaan perlu mempunyai perancangan selama lima tahun ke depan dan menyesuaikan diri dalam perniagaan secara digital dalam tempoh kira-kira lapan minggu.
Apa yang jelas adalah dunia maya menjadi saluran utama untuk bersemuka dengan pelanggan, malah membuktikan perniagaan yang utuh adalah perniagaan secara digital — terutamanya bagi perniagaan kecil yang sedang pulih dan meningkatkan jualan mereka.
Memandangkan semua perniagaan berbeza, amat penting untuk mempunyai penyelesaian rangkaian yang mengikut keperluan individu, dan dimulai dengan memiliki asas rangkaian yang kuat.
Bagi melakukannya, mereka perlu menggunakan penyedia penyelesaian teknologi seperti Maxis Business untuk mewujudkan strategi digital yang memenuhi keperluan spesifik.
Ketua Segmen Maxis Business SME, Kevin Lee berkongsi pandangannya tentang pendigitalan perniagaan yang pesat dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan perubahan tabiat pengguna.
"Melalui pembangunan kerjasama yang aktif, kami telah dapat membangunkan lebih banyak penyelesaian digital yang mempercepatkan manfaat penggunaan teknologi untuk perniagaan", kata Lee.
Bagaimana tabiat pengguna berubah dalam tempoh dua tahun lepas?
Kita telah menyaksikan peningkatan sistem kerja jarak jauh atau secara hibrid dan percambahan ekonomi gig.
Orang ramai juga kini menikmati hiburan di rumah dan secara dalam talian, sekali gus jelas menunjukkan bahawa rangkaian berkelajuan tinggi mendapat permintaan disebabkan oleh penstriman, permainan dan kandungan berdasarkan permintaan.
Satu lagi trend dalam industri runcit ialah lonjakan dalam e-dagang kerana pengguna tertarik kepada kemudahan perkhidmatan dalam talian, dengan peningkatan pemilihan untuk jenama yang boleh dipercayai.
Pengguna telah mengalihkan tabiat pembelian mereka ke arah dalam talian – daripada pertanyaan produk, penyelidikan kepada keputusan untuk membeli.
Saluran digital akan terus menjadi jangkaan pengguna untuk menuju ke arah norma baharu, dan semua perniagaan runcit mesti meningkatkan kesediaan saluran mereka bagi memenuhi gelagat pembelian pengguna hibrid ini.
Bagaimana dengan perniagaan kecil yang mungkin tidak mempunyai cara atau pengetahuan untuk mendigitalkan perniagaan mereka?
Menerusi pengalaman bekerjasama dengan PKS selama bertahun-tahun, kami memahami pandangan mereka terhadap pendigitalan kerana ia kelihatan rumit dan membimbangkan.
Satu daripada soalan yang biasa diajukan adalah bagaimana mereka mendapat dana untuk membuat pelaburan yang diperlukan. Wujud persepsi bahawa digitalisasi memerlukan jumlah perbelanjaan yang besar.
Terdapat juga tanggapan salah mengenai kekurangan insentif dalam kalangan PKS kerana mereka tidak mengetahui tentang bantuan yang boleh mereka perolehi, seperti Geran Digitalisasi PKS.
Kalangan PKS juga merasakan bahawa mereka tidak berkemampuan mengupah pihak yang berkeupayaan untuk memulakan transformasi digital.
Ramai juga bimbang tentang risiko mengurus keselamatan dan privasi digital, terutamanya disebabkan oleh kekurangan kesedaran, sumber dan kepakaran untuk menilai dan mengurus risiko secara berkesan dengan mematuhi peraturan perlindungan data.
Adalah penting bagi PKS untuk mencari kerjasama secara aktif dan perkongsian tiga pihak iaitu orang ramai, pihak swasta dan kerajaan yang inovatif untuk mendorong transformasi digital mereka ke peringkat seterusnya.
Walaupun tanpa Covid-19 yang mempercepatkan digitalisasi, adakah transformasi digital merupakan pelaburan bernilai kepada PKS?
Tiada masa yang lebih kritikal untuk digitalisasi dan syarikat perlu memikirkan semula strategi pendigitalan mereka jika mahu meneruskan kelangsungan, membina keutuhan dan berkembang maju.
Digitalisasi merupakan satu perjalanan, bukan destinasi, dan semua perniagaan perlu bermula dari satu tempat.
Kami telah membantu ramai pelanggan PKS kami meraih faedah pendigitalan, tidak kira sama ada mereka ini pengilang, pemilik F&B, peruncit pakaian, syarikat yang menjual pemerah jus, mahupun kedai haiwan peliharaan.
Ada juga kalangan pelanggan kami memenangi anugerah e-dagang serantau hasil usaha mereka dalam penggunaan digital. Contohnya, kami membantu kedai haiwan peliharaan milik keluarga yang diuruskan oleh pasangan ibu dan anak di Petaling Jaya, Selangor.
Mereka dapat melihat potensi peningkatan jualan dalam talian, dan walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pendigitalan, mereka meminta bantuan Skuad Bantuan PKS kami yang membantu mereka memohon Geran Digitalisasi PKS MDEC untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam Kit Permulaan Pemasaran Digital.
Penyelesaian ini membolehkan mereka mengoptimumkan iklan mereka merentasi platform seperti Google dan Facebook, menjangkau pelanggan dalam talian dengan lebih berkesan dan meningkatkan hasil pada masa yang sama.
Apakah peranan Maxis Business dalam membantu PKS beralih ke digital dan kekal dalam digital?
Pada 2020, Maxis Business dikenal pasti sebagai penyedia penyelesaian teknologi untuk Geran Digitalisasi PKS.
Menerusi peranan ini, kami membolehkan PKS yang memohon geran melalui kami untuk memilih sama ada rangkaian terluas sambungan dan penyelesaian digital untuk mempercepatkan aspirasi digital mereka, serta penyelesaian pemasaran digital, pusat jualan elektronik, kerja jarak jauh dan penyelesaian e-dagang.
PKS akan mendapat manfaat daripada geran ini dan kami akan membantu mereka mengurus keseluruhan proses permohonan berdasarkan pengalaman digital kami. Sehingga kini, kami telah membantu mendigitalkan lebih 20,000 PKS menerusi geran ini.
Kami memberikan nilai dan bertindak sebagai pemangkin dengan meningkatkan kesedaran iaitu membantu perniagaan untuk memahami faedah teknologi dan nilai kerjasama melalui pelbagai inisiatif kami, seperti siri SPARK dan program UsahaWIRA kami.
Bagi perniagaan yang sedia untuk melabur dalam penyelesaian digital, apa perkara penting perlu mereka lihat dalam rakan kongsi penyelesaian digital?
Amat penting bagi PKS mencari rakan kongsi pendigitalan yang tepat kerana rakan kongsi ini bukan sahaja menyediakan penyelesaian, tetapi juga akan membantu mereka memberi pandangan dan data untuk memperkasakan keputusan perniagaan mereka.
Penyedia perkhidmatan sehenti yang boleh menawarkan penyelesaian secara pukal dengan menggabungkan kesalinghubungan yang boleh dipercayai dan lancar serta perkhidmatan terurus sepenuhnya dengan SLA tinggi (perjanjian tahap perkhidmatan) menjadikannya mudah dan menyakinkan PKS untuk memenuhi semua keperluan perniagaan mereka.
Pada dasarnya, matlamatnya adalah untuk membimbing mereka mengikut setiap langkah serta memastikan transformasi mereka tidak terganggu dan dibayangi kebimbangan.
Lebih penting lagi, rangkaian meluas penyelesaian digital kami disokong oleh spektrum rangkaian kesalinghubungan perusahaan peneraju pasaran, sama ada 4G, 5G, satelit atau gentian fiber, menerusi rangkaian yang paling meluas dan bersepadu di negara ini.
Sebagai pemain infrastruktur tetap yang penting, Maxis Business juga membina rangkaian gentian fiber untuk industri perusahaan dan menawarkan pelbagai penyelesaian kesalinghubungan untuk pengalaman bersepadu.
Melalui keupayaan dan rangkaian gentian fiber kami, kami dapat membuka lebih banyak kemungkinan untuk penyelesaian digital ini.
Dalam pada itu, Rangkaian Berprogram kami yang ditakrifkan sebagai program perisian rangkaian pertama untuk memenuhi keperluan semua perusahaan yang memiliki keperluan suara dan data tetap.
Pelanggan kami boleh menikmati manfaat daripada kami sebagai penyedia sehenti untuk spektrum penuh keperluan digital dan kesalinghubungan mereka, agar mereka boleh terus berhubung dalam apa jua cara.
Untuk mengetahui lebih lanjut cara Maxis Business boleh membantu anda memulakan kembara digital, layari https://www.maxis.my/vepv — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram